Kuala Lumpur, 11 Julai 2024 – Pusat Wakaf Dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Bank Muamalat Malaysia Berhad bagi membincangkan kerjasama strategik yang berpotensi untuk dijalankan bersama. Kunjungan hormat ini telah disertai oleh delegasi dari PWZ yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Dr. Syahnaz Sulaiman dan Cik Hakimah Hamir. Manakala pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad telah diwakili oleh Encik Roza Iskandar Nawawi dan Encik Mohd Azim Mohd Saufi dari Jabatan Syariah.

Semoga perbincangan strategik ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua belah pihak dan beroleh manfaat bersama.