Jawatankuasa Pengurusan Wakaf USIM

/Jawatankuasa Pengurusan Wakaf USIM
Jawatankuasa Pengurusan Wakaf USIM 2018-06-04T14:27:35+00:00

Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Wakaf USIM adalah berperanan sebagai Mutawalli wakaf yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan pengurusan dana wakaf. USIM telah mewujudkan tabung Dana Wakaf Al-Abrar USIM yang diterajui oleh pusat tanggungjawab (PTJ) Universiti, Pusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf (PPPW) kini dikenali Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah diluluskan dan didaftarkan dengan MAINS. Tujuan penubuhan Dana Wakaf Al-Abrar USIM adalah untuk menjadi penggerak dan penganjur utama kepada amalan sedekah jariah dan pengimarahan ilmu melalui sumbangan dana wakaf dan infak sebagai wadah meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. USIM juga telah mendapat kelulusan dari MAINS sebagai Mutawalli Dana Wakaf. Berdasarkan pelantikan sebagai Mutawalli tersebut, USIM pertama boleh membangun dan menguruskan Dana Wakaf. Kedua, mengagihkan manfaat kepada golongan sasaran yang dihasratkan oleh pewakaf.

klik disini untuk paparan yang lebih jelas