Kolej Kediaman
Menurut sumber dari Bahagian Pengurusan Akademi (BPA), USIM, setakat ini bilangan pelajar yang aktif dari sembilan (9) fakulti di USIM untuk ijazah pertama ialah 9,846 orang. Manakala laporan dari Pusat Pengurusan Siswazah (PPS), bilangan pelajar ijazah lanjutan (post-graduate) yang aktif adalah seramai 1337 orang.
Kolej kediaman bagi menempatkan pelajar dibahagikan kepada dua iaitu kampus dalam USIM dan kampus luar USIM. Dalam perancangan, USIM sepatutnya mempunyai enam (6) kolej kediaman dalaman, tetapi setakat ini hanya Kolej Kediaman 1 (KK1) yang telah siap sepenuhnya yang dapat memuatkan pelajar sekitar 1920 pelajar. Selain daripada KK1, kolej-kolej kediaman lain dikategorikan sebagai projek terbengkalai yang tidak dapat diteruskan di sebabkan kekangan kewangan. Selain KK yang dinyatakan di atas, pelajar-pelajar tinggal di asrama luar kampus dan juga di rumah-rumah sewa.
Kolej Kediaman dalam USIM :
Kolej Kediaman 1, 2, 3 & 4 (KK1, KK2, KK3 & KK4).
Di dalam pelan tapak pembinaan kampus dalam USIM terdiri dari enam (6) kolej kediaman. Namun yang siap sepenuhnya adalah Kolej Kediaman 1 (KK 1) sahaja. Berikut adalah serba sedikit penerangan umum mengenai perancangan pembinaan kampus dalam USIM.
Dari skop projek KK1, KK2, KK3 dan KK4, diluluskan cadangan pembinaan dengan kapasiti asal 1,000 pelajar (katil setingkat) setiap kolej oleh kerajaan pada tahun 2002.