Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mewujudkan Dana Wakaf Al-Abrar USIM yang diterajui oleh pusat tanggungjawab Universiti, Pusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf (PPPW) yang kini dikenali sebagai Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ). Penubuhan dana ini telah diluluskan dan didaftarkan dengan MAINS. Objektif utama penubuhan PWZ adalah menguruskan kutipan dan agihan tabung amanah. Tujuan penubuhan Dana Wakaf Al-Abrar USIM adalah untuk menjadi penggerak dan penganjur utama kepada amalan sedekah jariah dan pengimarahan ilmu melalui sumbangan dana wakaf dan infak sebagai wadah meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. USIM telah dilantik oleh MAINS sebagai Mutawalli Dana Wakaf pada 22 Julai 2013 (rujuk surat MAINS nombor rujukan KEW/BAIT-NS400-5/16Jld.9(2)). Berdasarkan pelantikan sebagai Mutawalli tersebut, USIM boleh membangun dan menguruskan Dana Wakaf dan seterusnya boleh mengagihkan manfaat kepada golongan sasaran yang dihasratkan wakif. USIM sebagai Mutawalli Dana Wakaf perlu mengemukakan laporan kewangan tahunan kepada MAINS untuk rujukan dan perekodan.
<< Kira Zakat Anda di Sini
BULETIN PWZ
✨ 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐈𝐌𝐁𝐎𝐋𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐎𝐒𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 ✨
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐢𝐦𝐛𝐨𝐥𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐨𝐬𝐤 [...]
✨ 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐁𝐎𝐎𝐓𝐇 𝐏𝐖𝐙 𝐃𝐈 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 & 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨
Alhamdulillah, selesai sudah penyertaan booth Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) [...]











