Nilai, 22 November 2023 – Projek agihan makanan secara percuma, merupakan inisiatif Pusat Wakaf dan Zakat USIM melalui sumbangan Tabung It’am Muhtajin (Food For Needy). Sebanyak 200 pek makanan tengahari telah diagihkan kepada pelajar USIM. Semoga dengan bantuan makanan yang diberi sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar USIM terutama yang berkeperluan.