24-26 Februari – Alhamdulilah Pusat Wakaf Dan Zakat (PWZ) USIM telah berjaya melaksanakan Bengkel Halatuju dan Pelan Strategik Pusat Wakaf dan Zakat 2023-2024 bersama-sama jemputan ahli panel yang hebat.

Antara jemputan ahli panel ini terdiri daripada Profesor Dr. Zurina Shafii, Dr. Sofia Hayati Yusoff, Profesor Madya Dr. Mohamad Zaharuddin Zakaria, Profesor Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, Profesor Madya Dr. Mohd Nasir Abdul Majid, En. Razman dan En. Muhd Arif Ihtifazuddin Asmin.

Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas buah fikiran dan sumbangsaran idea dalam memacu Pusat Wakaf dan Zakat bagi tahun 2023-2024. Semoga intipati bengkel ini dapat membantu Pusat Wakaf dan Zakat untuk terus kekal cemerlang dan dapat melaksanakan pelbagai program yang bermanfaat untuk warga USIM terutama sekali membantu pelajar-pelajar USIM.