Kuala Lumpur, 12 Januari 2024 – Pusat Wakaf Dan Zakat (PWZ), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berkunjung ke Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pada 12 Januari yang lalu. Kunjungan hormat ini telah disertai oleh delegasi dari USIM yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah PWZ, Dr. Syahnaz Sulaiman, Timbalan Pengarah PWZ dan Penolong Pendaftar PWZ USIM.

Manakala pihak PUNB diketuai oleh Encik Ahmad Sabri Ismail, Timbalan Pengerusi JK Zakat PUNB, Ustaz Mohd Yusri Aziz, Ketua Unit Syariah, Encik Ahmad Ziyadiy Zainuddin, Eksekutif Syariah, dan Pelatih Pengurusan, Unit Syariah.

Semoga perbincangan strategik ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak dan beroleh manfaat bersama.