Isnin, 17 Julai 2023 – Alhamdulilah semalam telah berlangsungnya sesi perbincangan dan halatuju antara Pusat Wakaf Dan Zakat Universiti Sains Islam Malaysia dan Jabatan Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Delegasi USIM diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah Pengarah, Pusat Wakaf Zakat, Pn. Siti Nurbaya Ismail, Timbalan Bendahari Kanan, Jabatan Bendahari USIM, Dr. Ainuddin Yushar Yusof Dekan, Fakulti Pergigian USIM, Dr. Sharifah Najwa Syed Mohamad Pengarah Perubatan, USIM Healthcare Sdn. Bhd., Penolong Pendaftar PWZ, pegawai-pegawai di Jabatan Bendahari USIM dan wakil Penasihat Undang-Undang USIM, pegawai di Jabatan Undang-Undang USIM.
Manakala daripada MAINS diketuai oleh Ustaz Alimazri bin Mauludin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Wakaf dan diiringi oleh Ustaz Ahmad Naim bin Azlan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Mal, Puan Masmadhanur Aslinda Mohd Ali, Pegawai Undang-Undang MAINS, Ustaz Mohamad Zhafri Bin Ibrahim serta Puan Noor Hazwani Binti Mohd Zulanafi Penolong Pengarah, Bahagian Wakaf.
Majlis berakhir pada 4.30 petang. Semoga perbincangan ini mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak dan beroleh manfaat bersama.