24 Mei, NILAI USIM – Lawatan Promosi dan Penandaarasan Pusat Pelaburan Endomen dan Wakaf Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke Pusat Wakaf dan Zakat (USIM)

Pusat Wakaf Dan Zakat USIM (PWZ) telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kunjungan hormat ini diwakili oleh Deligasi CIEW yang diketuai oleh YBrs. Dr. Hj. Borhan Sareya Abdullah (Pengarah) dan enam (6) orang kakitangan CIEW yang lain.

Kunjungan ini disambut oleh Prof. Madya Dr Mushaddad Hasbullah, Pengarah PWZ bersama Dr. Syahnaz Sulaiman, Timbalan Pengarah PWZ dan seluruh kakitangan PWZ turut serta bersama dalam menerima kunjungan ini.

Majlis berakhir pada 1.00 petang. Semoga perbincangan ini mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak. Sekalung penghargaan sekali lagi diucapkan buat delegasi daripada Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf UMS.