𝑺𝑬𝑹𝑫𝑨𝑵𝑮 | 3 𝑺𝑬𝑷𝑻𝑬𝑴𝑩𝑬𝑹 2026 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh kerjasama strategik dalam memperkasa pembangunan wakaf menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) serta Suratcara Perlantikan Mutawalli Khas bersama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sempena MAHA 2026.

Kerjasama ini melibatkan pembangunan tanah wakaf di Kampung Som, Jerantut, Pahang, dengan USIM dilantik sebagai Mutawalli Khas bagi mentadbir dan mengurus pembangunan tanah wakaf tersebut.

Antara projek yang dirancang ialah penternakan ikan tilapia menggunakan Sistem Teknologi Bioflok, dengan kerjasama LPP dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jerantut, sebagai salah satu inisiatif menyokong agenda keterjaminan makanan serta menjana manfaat ekonomi kepada komuniti.

Majlis pemeteraian turut disaksikan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen PWZ USIM dalam menyokong pembangunan wakaf secara produktif dan strategik demi menjana manfaat berterusan kepada masyarakat.