TANJUNG MALIM, 6β8 November 2026 β Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai Mesyuarat dan Bengkel Perlembagaan serta Hala Tuju Majlis Wakaf, Endowmen dan Zakat Universiti Awam (MAWEZ) 2027 yang berlangsung di Scholarβs Suites, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Penyertaan PWZ USIM diwakili oleh Pengarah, Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh dan Penolong Pendaftar, Puan Siti Norfaza Abd. Halit, bersempena kepimpinan baharu MAWEZ yang diterajui oleh UPSI bagi tempoh 2026 hingga 2029.
Bengkel ini menghimpunkan wakil daripada 20 universiti awam bagi membincangkan pengukuhan tadbir urus, hala tuju strategik serta kerjasama dalam memperkasakan ekosistem wakaf, endowmen dan zakat di institusi pendidikan tinggi negara.
