Jumaat, 16 Jun 2023 – Alhamdulilah sesi perbincangan kerjasama dan jaringan strategik antara Bank Simpanan Nasional dan Universiti Sains Islam Malaysia telah diadakan di USIM.

Delegasi BSN diketuai oleh Ustaz Anuar Elias, Ketua Jabatan Perbankan Islam, Ustaz Izzuddin Abdussalam Hamid, (Pengurus, Bahagian Urus Tadbir Syariah), Haji Rozaini Abd Rahim, (Pengurus, Produk & MIS) dan En. Ainuddin (Eksekutif, Urus Tadbir Syariah).

Manakala daripada Pusat Wakaf dan Zakat USIM dihadiri oleh oleh Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah PWZ dan diiringi oleh pegawai Cik Hakimah Hamir dan Cik Nurul Husna Annuar.

Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Mohamad Zaharuddin Zakaria, Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Syariah BSN dan wakil daripada Pusat Keusahawanan (PKUU) USIM, En. Mohd Fatykamal Ahmad Afandi.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Ustaz Anuar Elias mewakili semua delegasi BSN yang hadir atas kepercayaan kepada USIM untuk jalinan kerjasama antara USIM dan BSN.

Semoga pertemuan ini diberkati dan beroleh manfaat bersama untuk warga USIM dan sekitarnya.