9 Februari 2024 – Bak kata pepatah malang tidak berbau. Musibah yang tidak diduga telah menimpa seorang staf USIM, Puan Jamaah Mohd, Jururawat di Pusat Kesihatan Universiti pada 1 Februari 2024 lalu telah melibatkan kebakaran pada kenderaan beliau. Beliau telah diziarahi PWZ USIM pada 9 Februari 2024 bagi menerima bantuan segera bencana melalui Tabung USIM Prihatin. Bantuan telah disampaikan oleh Pengarah PWZ, Profesor Madya Dr. Mushaddad Hasbullah. Hadir sama Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Nik Mohd Shafikudin Md Taujuddin dan Penolong Pendaftar PWZ, Cik Hakimah Hamir.