𝟏 𝑵𝒐𝒗𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓 𝟐𝟎𝟐𝟑, 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐢 – Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Majlis Apresiasi Barakah PWZ Tahun 2023 dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Majlis ini bertujuan memberi penghargaan dan meraikan penyumbang dari institusi dan organisasi korporat yang telah menyumbang dana dalam bentuk zakat, wakaf, infak dan endowmen.

PWZ ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin bin Md Shaarani, Naib Canselor USIM yang sudi merasmikan majlis ini.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Profesor Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat, Dr. Syahnaz Sulaiman, Timbalan Pengarah PWZ dan ahli JKPU serta 15 badan korporat.

Sekalung penghargaan kepada tetamu yang hadir dan urus setia majlis yang telah bertungkus lumus dalam membuat persiapan dan menjayakan majlis ini.

Semoga melalui majlis sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama antara PWZ USIM dan entiti yang terlibat.