Concorde Hotel Shah Alam, 21 Jun 2023 – Alhamdulillah hari ini Prof Madya Dr Mushaddad Hasbullah, Pengarah PWZ berpeluang membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk Model Tadbir Urus Pengurusan Zakat Universiti Awam: Perbandingan Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ), Universiti Sains Islam Malaysia dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia di Muzakarah Zakat Nusantara 2023 yang kini sedang berlansung di Concorde Hotel, Shah Alam. Terima kasih dan tahniah diucapkan buat penganjur, Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) USIM dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS). Semoga para peserta dapat mengambil manfaat daripada perkongsian dan pembentangan sebentar tadi.