Port Dick – PPKI dan Jabatan Keselamatan telah menganjurkan Jelajah Sahur Naib Canselor USIM bersama barisan hadapan negara di Daerah Port Dickson pada 15 Mac 2025.

Sebanyak 11 lokasi telah disantuni dalam jelajah ini, merangkumi kem tentera, balai polis, dan balai bomba. Penghargaan khusus diucapkan kepada PALAPES dan Kor SUKSIS, yang memainkan peranan penting sebagai penghubung dalam memastikan kelancaran perjalanan jaulah ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada Pusat Wakaf dan Zakat selaku penaja utama, serta Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Daerah Nilai dan Syarikat Nozoly Food Industry atas pelbagai bentuk sumbangan yang telah diberikan bagi menjayakan program ini.

Jelajah ini turut disertai oleh Prof. Madya Dr. Sakinah Ali Pitchay, Pengarah PPKI; Dr. Umi Hamidaton, Penyelaras Teras Kesukarelawan; En. Muhammad Shahrul Naim; serta Saudara Fawwaz Nurun Ihsan, Presiden Urus Setia Kokurikulum Pelajar.

#JelajahSahur #KomunitiPPKI #PPKIFilQalbi #UsimCemerlangUsimDisayang #Usim25Tahun #pwz