USIM, 25 Julai 2025 – Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Sekretariat Pusat Wakaf dan Zakat (SEPAKAT) Universiti Sains Islam Malaysia bagi sesi 2025/2026. Pelantikan ini diharapkan dapat memperkukuh pelaksanaan program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Wakaf dan Zakat, di samping menjadi platform untuk mengasah kepimpinan dan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar.
Semoga setiap Ahli yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan semangat berpasukan demi kecemerlangan USIM secara keseluruhan. Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan integriti!.