USIM, 29 Julai 2025 – Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Dapur HEPA (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM telah berlangsung dengan jayanya. Inisiatif ini merupakan salah satu langkah strategik dalam memperkukuh aspek kebajikan dan sokongan makanan kepada para pelajar, khususnya dalam kalangan mereka yang memerlukan.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, TNC HEPA USIM, dan turut dihadiri oleh barisan pentadbiran universiti, wakil pelajar serta warga kampus yang sentiasa menyokong usaha murni ini.
Semoga penubuhan Dapur HEPA ini menjadi pemangkin kepada budaya cakna dan prihatin dalam komuniti USIM. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan inisiatif ini.