π²ππππππ, 21 Januari β Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Wakaf Pahang berkaitan pembangunan projek tanah wakaf di Jerantut, Pahang. Sesi perbincangan ini telah berlangsung di Ibu Pejabat Wakaf Pahang yang bertujuan meneroka potensi pembangunan tanah wakaf secara strategik dan berimpak tinggi.
Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Mohd Syakir bin Datoβ Haji Mohd Taib, Timbalan Pengurus Besar Wakaf Pahang. Fokus perbincangan adalah ke arah memperkukuh kerjasama antara institusi wakaf serta merangka hala tuju pembangunan yang mampan, selaras dengan prinsip tadbir urus wakaf dan keperluan semasa.
Diharapkan perbincangan ini menjadi asas kepada pelaksanaan projek pembangunan tanah wakaf yang lebih berkesan, seterusnya memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat serta memperkukuh peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah.