Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Siti Norfaza Abd Halit, Penolong Pendaftar Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM, atas kejayaan meraih Pingat Perak dalam Pembentangan Amalan Terbaik sempena Konvensyen Pentadbir Universiti Awam Malaysia (KPUA) Tahun 2026.

Beliau telah membentangkan tajuk “𝑲𝒆𝒍𝒆𝒔𝒕𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒘𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒋𝒂𝒏𝒂𝒂𝒏 𝑫𝒂𝒏𝒂 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒍𝒖𝒊 𝑬𝒏𝒅𝒐𝒘𝒎𝒆𝒏” yang mengetengahkan usaha dan pendekatan dalam memperkukuh kelestarian kewangan serta penjanaan dana melalui instrumen endowmen.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen, kreativiti dan kecemerlangan warga PWZ dalam memperkasa inovasi serta amalan terbaik demi pembangunan dan kelestarian universiti.

Tahniah Puan Siti Norfaza! 🎉
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.