Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM mengajak seluruh warga USIM dan masyarakat untuk bersama-sama menyumbang ke Tabung Infaq Kesihatan Universiti bagi menyokong pengoperasian Pusat Kesihatan Universiti (PKU), termasuk pembelian ambulans, kos operasi dan penyelenggaraan, latihan kakitangan serta pembelian peralatan perubatan.

🎯 Sasaran kutipan: RM510,000.00

Setiap sumbangan anda amat bermakna dalam usaha menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik buat warga USIM.

Salurkan sumbangan melalui Jom Infaq USIM 👇🏼
Sebarang pertanyaan, hubungi:
📞 Pn. Nurul Husna: 06-7980243
📞 Pn. Siti Zulaika: 06-7980245