17 November 2026, Seremban – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menaja Program MyGift4UFitrah 2026, sebuah inisiatif penyelidikan rentas fakulti yang melibatkan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) serta Institut Sains Islam (ISI) USIM.
Program ini merupakan inisiatif khas yang menyasarkan komuniti transgender yang mempunyai hasrat untuk melakukan perubahan positif ke arah kehidupan yang lebih baik melalui pendekatan bimbingan, sokongan dan perkongsian ilmu.
Berlangsung sejak September 2026, program ini melibatkan 15 orang fasilitator dan 20 peserta daripada komuniti transgender sekitar Negeri Sembilan. Sesi ketiga yang bertemakan β€œI Am Transforming” turut menampilkan perkongsian daripada barisan doktor dan profesor Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) berkaitan penjagaan kesihatan serta pencegahan penyakit.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Norazman bin Amat, Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal, MAINS. Turut hadir mewakili PWZ USIM ialah Prof. Madya Dr. Nur Ainna Ramli, Timbalan Pengarah PWZ, serta Prof. Dr. Norfadhilah, Dekan ISI USIM.
Semoga tajaan ini dapat menyokong usaha murni dalam menyediakan ruang bimbingan, menyemai kesedaran dan membuka peluang kepada peserta untuk membina kehidupan yang lebih baik serta bermakna.