18 November 2026, Nilai– Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut menyertai Program Bulan Zakat Negeri Sembilan Peringkat Cawangan Nilai Tahun 2026 yang berlangsung di Masjid Dato’ Klana Petra Undang Luak Sungai Ujong Putra Nilai.
Program anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dengan kerjasama pihak masjid ini turut menampilkan taklimat zakat yang disampaikan oleh Ustaz Syed Mazlan Syed Azizan, Pegawai MAINS Daerah Kuala Pilah serta ceramah khas bertajuk Magnet Rezeki oleh PU Amin.
Majlis turut dihadiri oleh imam masjid serta wakil Ketua Penolong Pegawai MAINS Cawangan Nilai.
Penyertaan ini mencerminkan sokongan PWZ USIM terhadap usaha memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menunaikan zakat serta memperluas kefahaman tentang peranan zakat dalam pembangunan ummah.