πΊπππ
ππππ, 20 November 2026 β Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Zakat Negeri Sembilan 2026 yang disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datoβ Haji Ismail Lasim di DβTempat Country Club, Bandar Sri Sendayan.
Majlis turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian kerjasama antara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dengan USIM bagi memperkukuh pengurusan dan kutipan zakat dalam kalangan warga kerja, alumni serta pelanggan USIM. Dokumen perjanjian tersebut dipertukarkan oleh Timbalan Pengerusi MAINS, Jen. (B) Tan Sri Datoβ Seri Mohd. Shahrom Nordin, Penasihat Undang-Undang USIM, Dr. Noorfajri bin Ismail, yang mewakili Naib Canselor USIM dan Pengarah PWZ USIM, Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, serta disaksikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Pengarah PWZ, Prof. Madya Dr. Nur Ainna binti Ramli bersama seluruh warga PWZ USIM bagi menyokong agenda pengukuhan pengurusan zakat dan jaringan kerjasama strategik bersama MAINS.
Kerjasama ini diharap dapat memperluas usaha kutipan zakat serta memperkukuh peranan zakat dalam menyumbang kepada kesejahteraan warga universiti dan masyarakat.
