𝗞𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝗸𝘀 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂 𝗠𝘂𝗵𝗿𝗶𝘇 𝗨𝗦𝗜𝗠, 𝟭𝟭 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟯 – Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bakul Rahmah HLMT-USIM bertempat di Executive Lounge, Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Bakul Rahmah HLMT-USIM ini mengandungi makanan-makanan kering yang telah disumbangkan oleh Hong Leong MSIG Takaful (HLMT). HLMT juga turut memberikan sumbangan wang tunai kepada 150 orang penerima pelajar asnaf dan tajaan berbuka puasa kepada 600 orang pelajar yang berbuka puasa di KITM.

Selain itu, majlis turut disempurnakan dengan penyerahan mock-cheque sumbangan berjumlah RM22,000 oleh Ketua Pegawai Eksekutif HLMT kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), diikuti dengan simbolik penyampaian Bakul Rahmah kepada penerima sebelum diteruskan dengan majlis berbuka puasa serta solat maghrib berjemaah.

Tetamu jemputan yang hadir terdiri daripada En. Mohd Asri Omar, Ketua Pegawai Eksekutif HLMT, Profesor Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat, Profesor Dr. Amir Shaharudin, Pengerusi Jawatankuasa Syariah HLMT, Dr. Syahnaz Sulaiman, Timbalan Pengarah PWZ merangkap Ahli Jawatankuasa Syariah HLMT dan Dr. Muhammad Hafiz Saleh, Pengarah Pusat Islam.

PWZ juga memberikan bantuan kit kesihatan berupa barangan seperti kit ujian kendiri Covid-19, cecair pembasmi kuman dan topeng muka kepada para penerima pelajar berikutan kenaikan peratusan wabak Covid-19 ini.

Semoga sumbangan ini dapat meringakan sedikit bebanan para pelajar dan memberi manfaat kepada semua pihak, baik yang menyumbang mahupun yang menerima di bulan Ramadan ini.