Khamis, 13 April 2023 – Alhamdulillah, semalam bersamaan 22 Ramadan yang barakah, pelajar USIM seramai 100 orang pelajar telah menerima sumbangan Bantuan Tiket Balik Kampung sempena Syawal yang bakal tiba ini.
Alhamdulillah, sumbangan berjumlah RM10,000.00 ini diberikan oleh Kelab Perwira Malaysia dengan kerjasama Aman Palestin kepada pelajar-pelajar asnaf.
Majlis dihadiri oleh Prof. Dato’ Dr. Sharifuddin Md Shaarani, Naib Canselor USIM, Prof. Madya Dr. Asmaddy Haris, Timbalan Naib Canselor (Penjanaan dan Kelestarian Kewangan), Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah PWZ, seterusnya Dr. Syahnaz Sulaiman, Timbalan Pengarah PWZ.
Turut hadir tetamu jemputan daripada Kelab Perwira Malaysia adalah Encik Nik Muhammad Rafie Nik Zainal Alam, Pengerusi Kelab Perwira Malaysia, Encik Umar Muhammad Annuar, Pegawai Latihan dan Program dan En. Alif Hamzah, Pegawai Media.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Kelab Perwira Malaysia dengan kerjasama Aman Palestin atas sumbangan yang diberikan kepada pelajar pelajar asnaf USIM. Semoga segala amalan yang disemai di dunia ini beroleh keberkatan dan dapat dituai di akhirat kelak.