Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mewujudkan Dana Wakaf Al-Abrar USIM yang diterajui oleh pusat tanggungjawab Universiti, Pusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf (PPPW) yang kini dikenali sebagai Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ). Penubuhan dana ini telah diluluskan dan didaftarkan dengan MAINS. Objektif utama penubuhan PWZ adalah menguruskan kutipan dan agihan tabung amanah. Tujuan penubuhan Dana Wakaf Al-Abrar USIM adalah untuk menjadi penggerak dan penganjur utama kepada amalan sedekah jariah dan pengimarahan ilmu melalui sumbangan dana wakaf dan infak sebagai wadah meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. USIM telah dilantik oleh MAINS sebagai Mutawalli Dana Wakaf pada 22 Julai 2013 (rujuk surat MAINS nombor rujukan KEW/BAIT-NS400-5/16Jld.9(2)). Berdasarkan pelantikan sebagai Mutawalli tersebut, USIM boleh membangun dan menguruskan Dana Wakaf dan seterusnya boleh mengagihkan manfaat kepada golongan sasaran yang dihasratkan wakif. USIM sebagai Mutawalli Dana Wakaf perlu mengemukakan laporan kewangan tahunan kepada MAINS untuk rujukan dan perekodan.
<< Kira Zakat Anda di Sini
BULETIN PWZ
Penyerahan Sumbangan Zakat untuk Pelajar Asnaf dan Palestin USIM daripada Yayasan AmanahRaya
19 September 2024 - Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM [...]
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersempena [...]









