Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mewujudkan Dana Wakaf Al-Abrar USIM yang diterajui oleh pusat tanggungjawab Universiti, Pusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf (PPPW) yang kini dikenali sebagai Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ). Penubuhan dana ini telah diluluskan dan didaftarkan dengan MAINS. Objektif utama penubuhan PWZ adalah menguruskan kutipan dan agihan tabung amanah. Tujuan penubuhan Dana Wakaf Al-Abrar USIM adalah untuk menjadi penggerak dan penganjur utama kepada amalan sedekah jariah dan pengimarahan ilmu melalui sumbangan dana wakaf dan infak sebagai wadah meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. USIM telah dilantik oleh MAINS sebagai Mutawalli Dana Wakaf pada 22 Julai 2013 (rujuk surat MAINS nombor rujukan KEW/BAIT-NS400-5/16Jld.9(2)). Berdasarkan pelantikan sebagai Mutawalli tersebut, USIM boleh membangun dan menguruskan Dana Wakaf dan seterusnya boleh mengagihkan manfaat kepada golongan sasaran yang dihasratkan wakif. USIM sebagai Mutawalli Dana Wakaf perlu mengemukakan laporan kewangan tahunan kepada MAINS untuk rujukan dan perekodan.
<< Kira Zakat Anda di Sini
BULETIN PWZ
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞-𝟔𝟕
Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia ke-67, sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di [...]
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐧𝐤 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢
Alhamdulilllah telah berlangsungnya Sesi Penyerahan Sumbangan Tabung Pelajar Miskin daripada [...]









