Konsep Zakat
Zakat dari segi bahasa bererti bersih, berkat, suci dan subur, manakala dari segi syarak pula adalah mengeluarkan harta tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu setelah cukup syarat – syarat wajib mengeluarkan zakat.
Hukum Mengeluarkan Zakat
Wajib keatas orang islam yang cukup syarat untuk melaksanakannya dan ia merupakan rukun salah satu daripada rukun Islam.
Dalil
“Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakan mereka setelah menerimanya” (Al-Taubah : Ayat 103)
“Wahai orang-orang yang beriman keluarkanlah (zakat/sedekah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu”
(Al-Baqarah : Ayat 267)
“Ambillah sebahagian dari harta mereka sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang keji)” (At-Taubah : Ayat 103)
“Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar (tanamannya) dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar dan tanaman-tanaman yang berlainan dan tidak bersamaan (rasanya) makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkan haknya (zakatnya) pada hari memetik dan menuai”. (Al-Anam : Ayat 141)