Pada tahun 2024, Pusat Wakaf dan Zakat, USIM (PWZ) telah berjaya mengagihkan sumbangan zakat, wakaf, infaq dan endowmen berjumlah 𝐑𝐌 𝟑,𝟏𝟔𝟒,𝟎𝟓𝟏.𝟎𝟎 melalui program dan aktiviti sepanjang tahun.

Sehubungan itu, kami daripada PWZ, USIM ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang daripada syarikat korporat dan individu serta barisan staf USIM yang telah bersama-sama menyumbang kepada kemudahan dan keselesaan pelajar USIM. Sumbangan yang dihulurkan telah dimanfaatkan oleh golongan asnaf, OKU serta mereka yang memerlukan. Sesungguhnya sumbangan anda telah memberi impak positif dalam memacu kemajuan pendidikan di USIM khususnya, di samping menjamin kesejahteraan masyarakat, amnya.

Semoga segala sumbangan beroleh keberkatan dan keredhaan Allah SWT jua, serta sebaik-baik ganjaran di dunia dan di akhirat.

“𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐃𝐈”