29 π‘Άπ’Œπ’•π’π’ƒπ’†π’“ 2025 – Program Jerayawara Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) diteruskan dengan sesi kedua yang diadakan bersama Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) bertempat di Bilik Mesyuarat FPBU, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Sesi ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jalinan strategik antara PWZ dan fakulti, di samping membuka ruang kepada perkongsian maklumat, pandangan serta idea penambahbaikan bagi memperkasa agenda kebajikan dan pembangunan universiti.

PWZ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBrs. Prof. Madya Dr. Zainur Rijal Abdul Razak, Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), barisan pengurusan fakulti serta seluruh warga FPBU atas sambutan mesra dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Semoga usaha berterusan ini menjadi jambatan kolaborasi yang memperkukuh hubungan PWZ dengan fakulti serta memperluas manfaat wakaf dan zakat dalam ekosistem kampus USIM.