10 𝘋𝘪𝘴𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳 2025 (𝘙𝘢𝘣𝘶) – Siri Jerayawara Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) diteruskan bersama Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) bertempat di Bilik Mesyuarat FKAB.
Sesi ini menjadi peluang penting bagi memperkasa hubungan strategik antara PWZ dan fakulti melalui libat urus dua hala yang memberi ruang kepada perkongsian idea, penambahbaikan pelaksanaan program serta pengukuhan kerjasama ke arah agenda kesejahteraan universiti.
PWZ merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan FKAB, para pensyarah dan pegawai serta semua yang turut menjayakan pertemuan ini.
Semoga usaha berterusan ini menjadi platform untuk memperluas manfaat dan memperkukuh sinergi antara PWZ dan seluruh fakulti di USIM.