16 π‘«π’Šπ’”π’†π’Žπ’ƒπ’†π’“ 2025 (𝑺𝒆𝒍𝒂𝒔𝒂) – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) meneruskan siri Jerayawara 2025 dengan sesi libat urus bersama Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) yang berlangsung pada jam 9.00 pagi.

Program ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara PWZ dan fakulti melalui sesi perkongsian dua hala, pertukaran pandangan serta perbincangan penambahbaikan ke arah pengukuhan agenda kebajikan dan kesejahteraan universiti.

PWZ merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan FSU serta seluruh warga fakulti atas kesudian dan komitmen dalam menjayakan sesi ini.

Semoga inisiatif jerayawara ini terus memperkukuh sinergi dan memberi manfaat berpanjangan kepada seluruh warga USIM.