19 Disember 2025 (Jumaat) – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) meneruskan siri Jerayawara 2025 dengan sesi libat urus bersama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat FPSK.

Program ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara PWZ dan fakulti melalui sesi perkongsian dua hala, pertukaran pandangan serta perbincangan penambahbaikan ke arah pengukuhan agenda kebajikan dan kesejahteraan universiti.

PWZ merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan FPSK serta seluruh warga fakulti atas kesudian dan komitmen dalam menjayakan sesi ini.

Semoga inisiatif jerayawara ini terus memperkukuh sinergi dan memberi manfaat berpanjangan kepada seluruh warga USIM.