20 ππ¦π£π³πΆπ’π³πͺ 2026 β Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) meneruskan siri Jerayawara 2025 dengan sesi libat urus bersama Fakulti Sains dan Teknologi (FST) sebagai usaha berterusan memperkukuh jaringan kerjasama strategik di peringkat universiti.
Delegasi PWZ diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, Pengarah PWZ USIM, bersama Cik Hakimah Hamir dan Pn. Nurul Husna binti Annuar, Penolong Pendaftar PWZ USIM.
Program ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara PWZ dan fakulti melalui sesi perkongsian dua hala, pertukaran pandangan serta perbincangan penambahbaikan ke arah pengukuhan agenda kebajikan dan kesejahteraan universiti.
PWZ merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan FST serta seluruh warga fakulti atas kesudian dan komitmen dalam menjayakan sesi ini. Semoga inisiatif jerayawara ini terus memperkukuh sinergi dan memberi manfaat berpanjangan kepada seluruh warga USIM.