Seremban, 10 Julai 2024 – Pusat Wakaf Dan Zakat (PWZ), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berkunjung ke pejabat Tenaga Nasional Berhad (Seremban) bagi membincangkan kerjasama strategik antara PWZ dan Tenaga Nasional Berhad melalui instrumen zakat. Delegasi dari USIM yang berkunjung ke TNB Seremban terdiri daripada Pengarah PWZ, Profesor Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah Pembangunan JPPF, Ir. Shahrin Amri Jahari, dan Penolong Pendaftar PWZ, Cik Hakimah Hamir. Manakala wakil dari TNB Seremban pula diwakili oleh En. Mahamad Farizan, Pengurus Besar Negeri (Negeri Sembilan) dan En Fauzi.
Semoga perbincangan strategik ini diberkati dan beroleh manfaat bersama kepada ummah.