USIM, 11 Ogos 2025 – Alhamdulillah, Majlis Perasmian Laluan Berbumbung Kolej Kediaman 1 (KK1) telah berlangsung dengan jayanya. Inisiatif ini merupakan salah satu langkah strategik dalam memperkukuh aspek kebajikan dan sokongan kemudahan kepada para pelajar.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, TNC HEPA USIM, dan turut dihadiri Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, Pengarah PWZ USIM serta barisan pentadbiran universiti, wakil pelajar serta warga kampus yang sentiasa menyokong usaha murni ini.
Semoga pembinaan laluan berbumbung ini menjadi pemangkin kepada budaya cakna dan prihatin dalam komuniti USIM. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan inisiatif ini.