27 πΆππππππ 2025 β Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah turut serta dalam Majlis Perasmian Menu Rahmah di Kafe Kolej Kediaman 1 (KK1). Majlis ini dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki bin Salleh, Pengarah PWZ USIM, sebagai tetamu jemputan. Kehadiran beliau melambangkan sokongan PWZ terhadap inisiatif murni ini dalam memperkukuh kebajikan pelajar di kampus.
Melalui inisiatif ini, PWZ USIM menyumbang sebanyak RM1.50 bagi setiap pek Menu Rahmah menerusi Dana Tabung Itβam Muhtajin, bagi memastikan pelajar dapat menikmati makanan seimbang pada harga yang berpatutan.
Langkah ini sejajar dengan komitmen PWZ untuk menyantuni kebajikan pelajar dan memperluas manfaat dana wakaf serta zakat dalam membina komuniti kampus yang prihatin dan sejahtera.