𝐑𝐚𝐛𝐮, 𝟏𝟒 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Alhamdulillah, USIM telah menerima sumbangan zakat berjumlah RM 200,000.00 daripada Jabatan Kebajikan Sosial Petronas melalui Dana Asy Syakirin 2. USIM amat menghargai hubungan strategik yang telah lama terjalin bersama PETRONAS.
Sumbangan diserahkan oleh Encik Mohd Azizul Hisham bin Zulkapeli, Eksekutif Kebajikan Sosial PETRONAS. Dana zakat ini akan disalurkan kepada pelajar yang memerlukan khususnya golongan asnaf.
Sumbangan diterima oleh YBhg. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM dan disaksikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
Turut hadir Dr. Nidzamuddin Zakaria, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) FPQS USIM.