17 𝘖𝘬𝘵𝘰𝘣𝘦𝘳 2025 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyerahkan Bantuan Awal Pengajian kepada dua orang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan sebagai tanda keprihatinan dalam menyokong keperluan awal mereka memulakan sesi pengajian baharu.
Seorang pelajar daripada Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) menerima Bantuan Awal Pengajian berjumlah RM200, manakala seorang lagi pelajar daripada Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) menerima bantuan RM200 beserta sumbangan cermin mata khas.
Bantuan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif PWZ untuk memastikan kebajikan pelajar OKU sentiasa terpelihara serta membantu mereka menempuh kehidupan kampus dengan lebih mudah dan selesa.
PWZ USIM terus komited dalam memacu pembangunan kebajikan pelajar melalui pelbagai skim bantuan, dana infaq, dan agihan zakat yang dilaksanakan secara berterusan demi manfaat semua pelajar.