USIM, 21 Julai 2024 – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Peranti Kepada Mahasiswa Johor USIM di bawah Pusat Wakaf dan Zakat USIM (PWZ) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Anak Johor USIM Sesi 2024/2025 yang disumbangkan oleh Yang Berbahagia Datoβ Haji Mustaffa Kamal, Datuk Bandar Pasir Gudang, Johor.
Diharapkan dengan sumbangan 20 peranti ini sedikit sebanyak dapat membantu mahasiswa/i Johor USIM dalam urusan pembelajaran mereka.
Moga mahasiswa/i dapat menggunakan peranti yang telah disumbangkan dengan baik dan dalam masa yang sama memberi kebaikan semula kepada rakyat Johor serta USIM.