π²ππππ π³πππππ, 22 Januariβ Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Bank Rakyat bertempat di Menara Kembar Bank Rakyat.
Sesi perbincangan ini melibatkan Ustaz Wan Mohd Nahar Othman, Naib Presiden, Waqf, Umrah & Qurban, dan Ustaz Muhammad Syakir Faridduddin Shukran, yang memberi tumpuan kepada perancangan aktiviti tahunan serta perkembangan projek-projek kolaborasi yang sedang dan bakal dilaksanakan.
Perbincangan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama strategik antara PWZ USIM dan Bank Rakyat dalam memperluas inisiatif endowmen universiti, seterusnya memberi manfaat berterusan kepada warga USIM khususnya.