𝑵𝒊𝒍𝒂𝒊, 23 𝑫𝒊𝒔𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓 2025– Inisiatif Program Kembali Ke Sekolah mencerminkan komitmen berterusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui penglibatan warga universiti dalam menyokong kebajikan dan kesejahteraan pendidikan komuniti.

Program anjuran Badan Kebajikan Kakitangan USIM (BKKUSIM) dengan kerjasama rakan strategik ini telah dilaksanakan di AEON Mall Nilai, bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Pelaksanaan program ini bertujuan membantu persediaan persekolahan pelajar, meringankan beban ibu bapa serta menyemai keyakinan dan semangat pelajar dalam menghadapi sesi persekolahan baharu.

Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM turut hadir sebagai rakan strategik, dengan penyertaan wakil Timbalan Pengarah PWZ USIM, Prof. Madya Dr. Nur Ainna Ramli, serta Pn. Nurul Husna binti Annuar, Penolong Pendaftar PWZ USIM yang terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) program.

Program ini turut dijayakan dengan kerjasama pelbagai rakan strategik dan agensi berkaitan, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan serta tanggungjawab sosial dalam menyokong agenda pendidikan dan kebajikan masyarakat.