π²πΆπ»π¨ πΊπ¬πΉπ°π¬π΄π¨πΊ β π·ππ π 17 π«πππππππ 2025, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menghadiri Majlis Konvokesyen & Hi-Tea IFFAH Kali Ke-2 2025 sebagai tetamu jemputan merangkap rakan strategik penganjur. Kehadiran PWZ USIM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Nur Ainna Ramli, Timbalan Pengarah PWZ USIM, yang menerima Anugerah Emas daripada IFFAH sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan serta komitmen yang berterusan. Pada tahun ini juga, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah diberi kepercayaan untuk berperanan sebagai penganjur Muzakarah Zakat Kebangsaan Kali Ke-11 Tahun 2025 anjuran IFFAH USIM.
Majlis yang berlangsung ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datoβ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM, sebagai simbol penghargaan terhadap pencapaian graduan serta pengukuhan hubungan institusi bersama warga universiti.
Kehadiran PWZ USIM dalam majlis ini mencerminkan komitmen berterusan pusat tanggungjawab tersebut dalam menyokong agenda kebajikan, pembangunan pelajar dan pemerkasaan ekosistem universiti yang holistik dan berdaya saing.