USIM, 26 Ogos 2025 – Alhamdulillah, PWZ telah menyalurkan dana sebanyak RM2,500.00 ke Tabung Pembangunan Sukan Staf USIM. Inisiatif ini merupakan salah satu langkah strategik dalam memperkukuh aspek kebajikan dan sokongan pembangunan sukan dalam kalangan staf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Semoga sumbangan ini dapat menyemarakkan semangat kesukanan dan memperkukuh sumber kewangan yang berterusan demi pembangunan sukan staf USIM.