23 𝘚𝘦𝘱𝘵𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳 2025 – Alhamdulillah, di hari penuh bersejarah pendaftaran pelajar baharu USIM sesi 2025/2026, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM dengan penuh rasa prihatin telah menyalurkan bantuan kewangan kepada empat (4) orang mahasiswa berstatus OKU yang sedang memulakan lembaran baru dalam perjalanan akademik mereka.

Para penerima bantuan ini mewakili kekuatan dan ketabahan luar biasa; seorang dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) yang menghadapi cabaran OKU fizikal, seorang merupakan pelajar OKU penglihatan dari Fakulti Pendidikan Quran dan Sunnah (FPQS) serta dua lagi dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) yang merupakan pelajar OKU penglihatan dan pendengaran.

Di USIM, kami komited membina sebuah komuniti pembelajaran yang inklusif dan mesra OKU, di mana setiap insan diberi ruang dan peluang yang sama untuk mencapai impian mereka. Semoga sokongan kecil ini membawa kejayaan dan keberkatan di sepanjang perjalanan ilmu mereka. Bersama kita tabur benih kebaikan, kerana setiap sumbangan kecil mampu mencorak masa depan yang gemilang.