29 & 30 π‘Άπ’Œπ’•π’π’ƒπ’†π’“ 2025 – Alhamdulillah, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM turut serta memeriahkan Festival of Idea (FOI) Negeri Sembilan 2025 di Dewan Tuanku Canselor, USIM. Program ini menjadi ruang kolaborasi idea dan inovasi antara institusi pendidikan tinggi serta agensi kerajaan.

Penyertaan PWZ mendapat sambutan yang amat positif daripada warga kampus terutama para pensyarah dan pelajar USIM. Ramai pelajar hadir bagi mendapatkan maklumat berkaitan bantuan zakat, selain beberapa staf USIM yang turut melaksanakan potongan zakat secara terus di booth PWZ.

PWZ merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir dan memberi sokongan sepanjang program berlangsung.