NILAI, 28 Ogos – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Pendaftar USIM, dan Pusat Islam USIM telah menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam bertemakan “Memimpin dengan Qawiyyul Amin”.
Forum yang berlangsung pada jam 9.00 hingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM, turut disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM1 bagi tontonan seluruh rakyat Malaysia.
Forum ini bertujuan mengupas peranan kepimpinan Islam yang berkualiti, berintegriti serta berdaya tahan dalam mendepani cabaran semasa ummah.
Program ini merupakan usaha bersama Pusat Wakaf dan Zakat USIM dan Bank Islam sebagai penaja utama, membuktikan komitmen berterusan kedua-dua institusi dalam memperkasa agenda dakwah dan kepimpinan Islam di peringkat nasional.