12 November 2025 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah menerima jemputan bagi menghadiri Majlis Perasmian Seminar Wahyu Asas Tamadun Peringkat Antarabangsa Kali Ke-10 Tahun 2025, anjuran utama Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM. Program ini telah berlangsung di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya.
PWZ USIM, yang diwakili oleh Prof Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, Pengarah PWZ, hadir sebagai jemputan penaja bagi program ini, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa wacana keilmuan berteraskan wahyu dalam membina tamadun insan. Program ini dirasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Alhamdulillah, PWZ telah menaja yuran penyertaan bagi 10 orang pelajar berjumlah RM1,500.00 sebagai dorongan dan galakan kepada mahasiswa untuk terus terlibat aktif dalam program berimpak tinggi seperti ini. Langkah ini membuktikan komitmen PWZ dalam menyantuni kebajikan pelajar serta memperkukuh peranan zakat dan wakaf sebagai pemangkin pembangunan ilmu dan ummah.