Pihak pengurusan USIM turun membantu seorang pelajar USIM yang terlibat dalam insiden letupan gas di Putra Heights baru-baru ini.

Naib Canselor USIM, YBhg. Profesor Datoโ€™ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani menziarahi Ainaa Syazana Mohamad Asnawi, Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dan keluarganya yang terlibat dalam insiden tersebut.

Beliau dan ibunya yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menerima sumbangan wang tunai daripada Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datoโ€™ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.

Selain itu USIM turut memberikan sokongan psikologi menerusi Pusat Hal Ehwal Pelajar sepanjang tempoh pemulihan mereka di sana.

โ€œKami di USIM amat prihatin. Kehadiran ini adalah tanda bahawa mereka tidak bersendirianโ€ โ€“ Prof. Datoโ€™ Ts. Dr. Sharifudin.

USIM akan terus memantau keadaan pelajar serta menyediakan bantuan sewajarnya. Semoga bantuan ini mampu meringankan dugaan yang dilaluinya.

#USIMPrihatin #pwz #usim #putraheight #2025